Sunday 17 April 2022

AL FATIHAH-PERGINYA SEORANG SAHABAT DAN TEMAN


 *اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن*

'Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali'

*أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَه وَارْحَمْهُ وَعَافِه وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ*

“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihanilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya"

*غفر الله له ورحمه رحمة الأبرار، وأسكنه فسيح الجنان*

Salam takziah buat keluarga dan semua. Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama-sama ahli syurga dan para solihin, Aamiin..  Al-Fatihah.                          

                       بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم  ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Sunday 16 May 2021

"BERGURU DEMI ILMU,BINA GENERASI BAHARU"

 Selamat Hari Guru 2021

16 Mei 2021. 

Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar pendidik dan juga bekas pendidik. 







SEMOGA KITA SEMUA DIPERMUDAHKAN URUSAN MENDIDIK ANAK BANGSA DAN SEMOGA ALLAH SWT MEMBALASNYA DENGAN KEBAIKAN ..AMIN




SYAWAL DI RAI NIKMAT DISYUKURI

اَللهُ أًكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ اْلحَمْدُ


 

Ada mata pandanglah keindahan,

Ada mulut berbudilah pertuturan,

Ada hati berilah kesayangan,

Ada salah silap silalah maafkan.

 

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ

 semoga Allah menerima (puasa dan amal) dari kami dan (puasa dan amal) dari kalian.

 

 

Monday 12 April 2021

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan



🕌 RAMADHAN: BULAN TARBIYAH, MADRASAH YANG INDAH🕌


Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 183:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
.
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1442 H.
.
Rebutlah peluang ini dengan perbanyakkan amal ibadah kepada Allah SWT
.
Semoga kita diberikan kesihatan yang berpanjangan sepanjang bulan Ramadhan ini agar dapat kita melakukan ibadah dengan sempurna dan penuh dengan ketakwaan kepada Allah SWT.
.
Bersama kita berdoa agar wabak COVID-19 dihapuskan dari muka bumi Allah SWT ini.
.
RAMADHAN KAREEM...
ALLAHU AKRAM...

Wednesday 17 February 2021

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)



Tahun 2020 Sekolah Kebangsaan Banggol Setiu telah terpilih sebagai sekolah tranformasi kohort 5. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.





Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :

  1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
  2. Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.
  3. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
  4. Komitmen komuniti yang padu.

OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

  1. Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPc TERBAIK.
  2. MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
  3. Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan mengutamakan kemenjadian murid.

MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;

  1. Memantapkan kepimpinan sekolah.
  2. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
  3. Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

KONSEP TS25



 
STRATEGI PELAKSANAAN




PERANAN RAKAN ELIT TS25







Senarai Senior Leader Team (SLT) SK Banggol :-

1. Puan Faidah Binti Abdullah (Guru Besar)
2. Puan Azlinda Binti Jusoh (PK Kurikulum)
3. Puan Mariani Binti Mat  Ali (PK HEM)
4. Encik Mohd Razi Bin Abu Bakar (PK Kokurikulum)

Senarai nama Middle Leader Team (MLT) SK Banggol :-

1. Puan Zaleha Binti Mat Noor - Bahasa Melayu
2. Puan Normah Sa'dah Binti Nordin - Bahasa Inggeris
3. Puan Zulaida Binti Muda - Sains
4. Puan Rafidah Binti Mamat - Matematik
5. - Sejarah
6. Puan Zapaliza Binti Zahari - Pendidikan Seni
7. Puan Suraini Binti Md Yazid - Pendidikan Islam / Bahasa Arab
8. Encik Mohd Faizul Bin Che Ab Rashid  - RBT/TMK
9. Encik Mat Hashim Bin Mohd Yasmin @ Ibrahim - Pendidikan Jasmani
10. Puan Masni Binti Kadir @ Ibrahim  – Guru Penyelaras Bestari
11. Puan Nuruldiyana Binti Fikri – Guru Data


Saturday 10 December 2016

MAJLIS APRESIASI ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID SK BANGGOL 2016




Satu Majlis Apresiasi Anugerah Kecemerlang Murid SK Banggol, telah berlangsung pada
22 November 2016 bertempat di Dewan SK Banggol. Majlis ini telah dirasmikan
oleh Pegawai Pendidikan Daerah Setiu. Objektif majlis ini diadakan sebagai
tanda penghargaan sekolah kepada mereka yang berjaya.


 <<Gambar Program>>




Thursday 24 March 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34 2016

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34 telah diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 22 Mac 2016
Hari :Selasa
Masa : 2.00 PM

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee selaku ADUN Permaisuri dan Yang Dipertua PIBG SK Banggol. Pihak sekolah merakamkan ucapan setinggi-setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang terlibat untuk menjayakan majlis ini.

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34
1
Ucapan Pengerusi Pibg Sesi 2014/2016
2
Bentang Dan Sah Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-33
3
Perkara-Perkara Berbangkit
4
Membentang Laporan Aktiviti Sepanjang Tahun 2015
5
Membentang Dan Menerima Laporan Kewangan Berakhir 31.12.2015
6
Pemilihan Ahli Jawatankuasa Baru Untuk Sesi 2016/2018
7
Pemilihan Ahli Jawatankuasa Baru Untuk Sesi 2016/2018
8
Pemilihan Ahli Jawatnkuasa KSIB 2016/2018
9
Hal-Hal Lain
10
Ucapan Penangguhan
11
Cabutan Bertuah (2)
12
Pengagihan Wang Bantuan Awal Persekolahan

<<Gambar Majlis>>