Wednesday 24 June 2015

PERJUMPAAN IBUBAPA/PENJAGA MURID LINUS TAHUN 1 & 2

Satu perjumpaan guru bersama ibubapa/penjaga murid LINUS tahun 1 & 2 telah diadakan semalam di Sekolah Kebangsaan Banggol. 

Hari: Rabu
Tarikh : 24 Jun 2015
Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Banggol




Monday 22 June 2015

PROGRAM MOTIVASI BERSAMA PELAJAR TAHUN 5

Pihak sekolah telah mengadakan satu program motivasi bersama pelajar tahun lima untuk meningkatkan semangat dalam diri mereka bagi menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun akan datang. Ceramah yang disampaikan oleh En Shamsi bin Hj Shamsuddin seorang Kaunselor dari Intelligent Mission Consultancy, Kota Bharu, Kelantan.

Hari : Isnin
Tarikh : 23 Jun 2015
Masa : 11.00 am
Tempat : Bilik Maya SK Banggol


Saturday 20 June 2015

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2015

Pada minggu lepas, SK Banggol telah mengadakan Program Kecemerlangan UPSR 2015 untuk pelajar tahun enam yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Program ini diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran murid serta ibubapa tentang kepentingan UPSR.

Hari : Selasa
Tarikh : 16 Jun 2015
Tempat : Bilik Maya SK Banggol
Penceramah : En Muhammad Isa bin Chik

 Ribuan terima kasih diucapkan kepada penceramah En Muhammad Isa bin Chik dari Yayasan Pelajaran Mara yang sudi meluangkan waktu untuk warga SK Banggol. Diharap program ini dapat membantu murid tahun enam dalam menghadapi peperiksaan UPSR akan datang.