Monday 27 October 2014

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2014

SK Banggol telah mengadakan acara Perkhemahan Unit Beruniform 2014 pada minggu lepas. Perkhemahan ini berlangsung dengan jayanya. Untuk makluman SK Banggol telah mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform pada : -

Hari : Isnin - Selasa
Tarikh : 20 & 21 Oktober 2014
Tempat : Perkarangan Sekolah SK Banggol


Seramai 57 orang murid yang terlibat dengan perkhemahan ini yang hanya terdiri daripada murid Tahun 6 sahaja. Perkhemahan tersebut terdiri daripada tiga unit beruniform iaitu Puteri Islam, Pengakap dan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih di atas komitmen semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.





Saturday 18 October 2014

LAWATAN BERMAKLUMAT KE BUKIT GAMBANG RESORT CITY, PAHANG

SK Banggol telah mengadakan program Lawatan Bermaklumat ke Bukit Gambang Resort City, Pahang untuk pelajar Tahun 6. Program tersebut diadakan pada :-

Hari : Jumaat
Masa : 6.00 AM-11.00PM
Tarikh : 17 Oktober 2014
Tempat : Bukit Gambang Resort City, Pahang

Seramai 35 orang pelajar dan 7 orang guru pengiring telah menyertai program ini. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tempat-tempat pelancongan di Malaysia terutamanya Taman Tema Air. Selain itu, ia juga memberi peluang murid merasai sendiri permainan-permainan yang terdapat di sana dan melihat sendiri bagaimana teknologi moden diaplikasikan dalam penghasilan teman tema air.






Sunday 12 October 2014

AKTIVITI PERSAMPELAN PERCUMA MINUM MILO

Pihak Nestle telah memohon untuk mengadakan aktiviti persampelan percuma minum Milo untuk warga SK Banggol seperti berikut :-

Hari : Isnin
Masa : 12.45 PM
Tarikh : 13 Oktober 2014
Tempat : Dewan SK Banggol

Aktiviti tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga SK Banggol. Hampir semua warga SK Banggol menikmati minuman Milo yang diberi percuma oleh pihak Nestle.




Wednesday 8 October 2014

TAKLIMAT PERKHEMAHAN SK BANGGOL 2014

Satu taklimat untuk perkhemahan diadakan pada tetapan berikut:-

Hari : Ahad
Masa : 12.45 PM
Tarikh : 7 Oktober 2014
Tempat : Bilik Mesyuarat

Taklimat berkenaan diadakan bagi menentukan tarikh untuk menjalankan aktiviti perkhemahan. Jawatankuasa pelaksana telah ditubuhkan bagi memastikan aktiviti perkhemahan yang bakal berlangsung berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Taklimat selesai pada pukul 2.00 petang.