Sunday 16 May 2021

"BERGURU DEMI ILMU,BINA GENERASI BAHARU"

 Selamat Hari Guru 2021

16 Mei 2021. 

Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar pendidik dan juga bekas pendidik. 







SEMOGA KITA SEMUA DIPERMUDAHKAN URUSAN MENDIDIK ANAK BANGSA DAN SEMOGA ALLAH SWT MEMBALASNYA DENGAN KEBAIKAN ..AMIN




SYAWAL DI RAI NIKMAT DISYUKURI

اَللهُ أًكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ اْلحَمْدُ


 

Ada mata pandanglah keindahan,

Ada mulut berbudilah pertuturan,

Ada hati berilah kesayangan,

Ada salah silap silalah maafkan.

 

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ

 semoga Allah menerima (puasa dan amal) dari kami dan (puasa dan amal) dari kalian.

 

 

Monday 12 April 2021

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan



🕌 RAMADHAN: BULAN TARBIYAH, MADRASAH YANG INDAH🕌


Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 183:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
.
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1442 H.
.
Rebutlah peluang ini dengan perbanyakkan amal ibadah kepada Allah SWT
.
Semoga kita diberikan kesihatan yang berpanjangan sepanjang bulan Ramadhan ini agar dapat kita melakukan ibadah dengan sempurna dan penuh dengan ketakwaan kepada Allah SWT.
.
Bersama kita berdoa agar wabak COVID-19 dihapuskan dari muka bumi Allah SWT ini.
.
RAMADHAN KAREEM...
ALLAHU AKRAM...

Wednesday 17 February 2021

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)



Tahun 2020 Sekolah Kebangsaan Banggol Setiu telah terpilih sebagai sekolah tranformasi kohort 5. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.





Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :

  1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
  2. Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.
  3. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
  4. Komitmen komuniti yang padu.

OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

  1. Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPc TERBAIK.
  2. MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
  3. Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan mengutamakan kemenjadian murid.

MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;

  1. Memantapkan kepimpinan sekolah.
  2. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
  3. Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

KONSEP TS25



 
STRATEGI PELAKSANAAN




PERANAN RAKAN ELIT TS25







Senarai Senior Leader Team (SLT) SK Banggol :-

1. Puan Faidah Binti Abdullah (Guru Besar)
2. Puan Azlinda Binti Jusoh (PK Kurikulum)
3. Puan Mariani Binti Mat  Ali (PK HEM)
4. Encik Mohd Razi Bin Abu Bakar (PK Kokurikulum)

Senarai nama Middle Leader Team (MLT) SK Banggol :-

1. Puan Zaleha Binti Mat Noor - Bahasa Melayu
2. Puan Normah Sa'dah Binti Nordin - Bahasa Inggeris
3. Puan Zulaida Binti Muda - Sains
4. Puan Rafidah Binti Mamat - Matematik
5. - Sejarah
6. Puan Zapaliza Binti Zahari - Pendidikan Seni
7. Puan Suraini Binti Md Yazid - Pendidikan Islam / Bahasa Arab
8. Encik Mohd Faizul Bin Che Ab Rashid  - RBT/TMK
9. Encik Mat Hashim Bin Mohd Yasmin @ Ibrahim - Pendidikan Jasmani
10. Puan Masni Binti Kadir @ Ibrahim  – Guru Penyelaras Bestari
11. Puan Nuruldiyana Binti Fikri – Guru Data