Monday 19 October 2015

PERTANDINGAN BERCERITA SEMPENA PERASMIAN PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH SETIU

Sekolah Kebangsaan Banggol telah menyertai Pertandingan Bercerita (Sekolah Rendah tahan 1) Sempena Perasmian Perpustakaan Awam Daerah Setiu seperti berikut :-

Hari : Selasa
Masa : 8.00 Pagi
Tarikh : 20 Oktober 2015
Tempat : Perpustakaan Awam Daerah Setiu

SK Banggol telah menghantar 2 orang peserta iaitu :-



Peserta 1
Nama : Nur Aisyah Fatihah binti Yusof
Kelas : 3 Bestari
Tajuk : Pengembala Gunung Ledang
Kedudukan : Johan


Peserta 2
Nama : Nurul Atikah Najwa binti Kamarudin
Kelas : 3 Bestari
Tajuk : Mengapa Bangau Kurus
Kedudukan : Tempat Ketiga


Tahniah juga kepada guru & pihak yang terlibat sehingga berjaya memperoleh kejayaan ini.... ^_^

Saturday 10 October 2015

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 2015

Hari Sukan Negara telah diadakan serentak di seluruh Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Hari Sukan Negara akan diraikan pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sekolah Kebangsaan Banggol turut terlibat dalam program ini. Program diadakan seperti berikut:-

Hari : Sabtu
Tarikh : 10 Oktober 2015
Tempat : Sekolah Kebangsaan Banggol, Setiu.

Antaranya acara yang diadakan sempena Hari Sukan Negara di SK Banggol ialah senaman aerobik dan merentas desa. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat.

<<Gambar Program>>







Tuesday 6 October 2015

PERTANDINGAN KALAM JAMA'I DAN DIKIR BARAT PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Pasukan Dikir Barat Sekolah Kebangsaan Banggol telah mendapat Tempat Ketiga peringkat Negeri Terengganu. Tahniah kepada semua murid dan guru yang terlibat sehingga berjaya memperoleh kejayaan ini. Pertandingan dikir barat diadakan seperti berikut :-

Hari : Ahad
Tarikh : 4 Oktober 2015
Tempat : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Terengganu, Kuala Ibai
Masa : 08.30 Pagi