Monday 31 August 2015

PERJUMPAAN IBUBAPA PELAJAR TARGET UPSR

Satu perjumpaan guru bersama ibubapa/penjaga murid target 5A UPSR telah diadakan semalam di Sekolah Kebangsaan Banggol. 

Hari: Ahad
Tarikh : 30 Ogos 2015
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Banggol

<<GAMBAR PROGRAM>>



Thursday 27 August 2015

LAWATAN BERMAKLUMAT 2015

SK Banggol telah mengadakan program Lawatan Bermaklumat ke Kuala Terengganu untuk pelajar Tahun 4 dan 5. Program tersebut diadakan pada :-

Hari : Rabu
Masa : 8.00 AM-5.00PM
Tarikh : 26 Ogos 2015
Tempat : Kuala Terengganu


          Seramai 80 orang pelajar dan 8 orang guru pengiring telah menyertai program ini. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru berkaitan dengan sejarah dan ilmu yang boleh diterapkan dalam pembelajaran. 
Antara tempat-tempat menarik yang dilawati di Terengganu ialah  Muzium Negeri, Planetarium dan Taman Tamadun Islam.

<<GAMBAR PROGRAM>>


Sunday 23 August 2015

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2015

Sekolah Kebangsaan Banggol telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2015 pada hari ini. Majlis tersebut berlangsung dengan meriahnya oleh warga SK Banggol. Majlis tersebut berlangsung seperti berikut :-

Tarikh : 23 Ogos 2015
Hari : Ahad
Masa : 8.15 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Banggol

JADUAL PROGRAM
08.15 am
>Ucapan Guru Besar & Pelancaran
>Gimik Pelancaran
>Laungan “Merdeka” oleh PK KO
>Nyanyian Lagu Tema
>Pemarkahan basikal berhias dan pakaian merdeka
08.35 am
>Pertandingan Mewarna
10.00 am
>Rehat
11.00 am
>Tayangan Video
12.15 pm
>Persembahan
12.45 pm
>Penyampaian Hadiah

Majlis tersebut diadakan bagi menanam perasaan cinta akan tanah air serta menghargai kemerdekaan negara dalam diri pelajar. Selain itu, majlis ini dapat mencungkil bakat pelajar dengan menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan. Pada tahun ini, tema hari kemerdekaan ialah "Sehati Sejiwa"


<<Gambar Program>>










KEM KECEMERLANGAN UPSR 2015

Sekolah Kebangsaan Banggol telah mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR 2015 pada hujung minggu lepas. Kem tersebut diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 20-22 Ogos 2015
Hari : Khamis - Sabtu
Tempat : Sumai Apartment Hotel, Kuala Terengganu.
Peserta : 43 Orang 

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan kem tersebut terutamanya pihak Perbadanan Yayasan Bakti Negara Terengganu Holding yang telah menaja kem tersebut selama 3 hari 2 malam, warga SK Banggol yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran kem tersebut berjalan dengan lancar serta pelajar tahun 6. 

<<Gambar Program>>










Tuesday 18 August 2015

PERTANDINGAN KALAM JAMA'I, DIKIR BARAT DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT DAERAH SETIU 2015

Pasukan Dikir Barat Sekolah Kebangsaan Banggol telah mendapat Johan peringkat Daerah Setiu. Tahniah kepada semua murid dan guru yang terlibat sehingga berjaya memperoleh kejayaan ini. Pertandingan dikir barat diadakan seperti berikut :-

Hari : Selasa
Tarikh : 18 Ogos 2015
Tempat : Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Setiu (Lama)
Masa : 07.30 Pagi


Tuesday 4 August 2015

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah telah diadakan dengan meriahnya di SK Banggol. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran wakil PIBG dan pihak Yayasan Bakti Negara. Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini diharap dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara sesama pelajar dan di antara pelajar dengan guru. Selain itu, ia juga diadakan untuk menegakkan syiar islam yang menggalakkan manusia bermaaf-maafan dan mengelakkan segala sengketa. Majlis tersebut diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 04 Ogos 2015
Hari : Selasa
Masa : 11.45 Pagi
Tempat : SK Banggol

<<Gambar Program>>