Wednesday 17 February 2021

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)



Tahun 2020 Sekolah Kebangsaan Banggol Setiu telah terpilih sebagai sekolah tranformasi kohort 5. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.





Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :

  1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
  2. Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.
  3. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
  4. Komitmen komuniti yang padu.

OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

  1. Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPc TERBAIK.
  2. MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
  3. Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan mengutamakan kemenjadian murid.

MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;

  1. Memantapkan kepimpinan sekolah.
  2. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
  3. Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

KONSEP TS25



 
STRATEGI PELAKSANAAN




PERANAN RAKAN ELIT TS25







Senarai Senior Leader Team (SLT) SK Banggol :-

1. Puan Faidah Binti Abdullah (Guru Besar)
2. Puan Azlinda Binti Jusoh (PK Kurikulum)
3. Puan Mariani Binti Mat  Ali (PK HEM)
4. Encik Mohd Razi Bin Abu Bakar (PK Kokurikulum)

Senarai nama Middle Leader Team (MLT) SK Banggol :-

1. Puan Zaleha Binti Mat Noor - Bahasa Melayu
2. Puan Normah Sa'dah Binti Nordin - Bahasa Inggeris
3. Puan Zulaida Binti Muda - Sains
4. Puan Rafidah Binti Mamat - Matematik
5. - Sejarah
6. Puan Zapaliza Binti Zahari - Pendidikan Seni
7. Puan Suraini Binti Md Yazid - Pendidikan Islam / Bahasa Arab
8. Encik Mohd Faizul Bin Che Ab Rashid  - RBT/TMK
9. Encik Mat Hashim Bin Mohd Yasmin @ Ibrahim - Pendidikan Jasmani
10. Puan Masni Binti Kadir @ Ibrahim  – Guru Penyelaras Bestari
11. Puan Nuruldiyana Binti Fikri – Guru Data