Monday 19 October 2015

PERTANDINGAN BERCERITA SEMPENA PERASMIAN PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH SETIU

Sekolah Kebangsaan Banggol telah menyertai Pertandingan Bercerita (Sekolah Rendah tahan 1) Sempena Perasmian Perpustakaan Awam Daerah Setiu seperti berikut :-

Hari : Selasa
Masa : 8.00 Pagi
Tarikh : 20 Oktober 2015
Tempat : Perpustakaan Awam Daerah Setiu

SK Banggol telah menghantar 2 orang peserta iaitu :-



Peserta 1
Nama : Nur Aisyah Fatihah binti Yusof
Kelas : 3 Bestari
Tajuk : Pengembala Gunung Ledang
Kedudukan : Johan


Peserta 2
Nama : Nurul Atikah Najwa binti Kamarudin
Kelas : 3 Bestari
Tajuk : Mengapa Bangau Kurus
Kedudukan : Tempat Ketiga


Tahniah juga kepada guru & pihak yang terlibat sehingga berjaya memperoleh kejayaan ini.... ^_^

Saturday 10 October 2015

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 2015

Hari Sukan Negara telah diadakan serentak di seluruh Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Hari Sukan Negara akan diraikan pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sekolah Kebangsaan Banggol turut terlibat dalam program ini. Program diadakan seperti berikut:-

Hari : Sabtu
Tarikh : 10 Oktober 2015
Tempat : Sekolah Kebangsaan Banggol, Setiu.

Antaranya acara yang diadakan sempena Hari Sukan Negara di SK Banggol ialah senaman aerobik dan merentas desa. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat.

<<Gambar Program>>







Tuesday 6 October 2015

PERTANDINGAN KALAM JAMA'I DAN DIKIR BARAT PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Pasukan Dikir Barat Sekolah Kebangsaan Banggol telah mendapat Tempat Ketiga peringkat Negeri Terengganu. Tahniah kepada semua murid dan guru yang terlibat sehingga berjaya memperoleh kejayaan ini. Pertandingan dikir barat diadakan seperti berikut :-

Hari : Ahad
Tarikh : 4 Oktober 2015
Tempat : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Terengganu, Kuala Ibai
Masa : 08.30 Pagi



Monday 7 September 2015

MAJLIS RESTU ILMU CALON UPSR 2015

SK Banggol telah mengadakan Majlis Restu Ilmu untuk calon UPSR 2015. Majlis ini diadakan untuk memberi ruang guru merestui ilmu yang diajar serta harapan guru kepada calon UPSR dan sesi bersalaman antara guru dan murid. 

Tarikh : 7 September 2015
Hari : Isnin
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan SK Banggol

Semoga calon UPSR SK Banggol 2015 dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan lancar. Peperiksaan UPSR dijalankan pada 8, 9 dan 10 September 2015. Pada tahun ini SK Banggol mempunyai seramai 43 orang calon UPSR.

<<Gambar Program>>




Thursday 3 September 2015

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2015

Sekolah Kebangsaan Banggol telah mengadakan Solat Hajat Perdana untuk murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2015. Solat Hajat Perdana diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 3 September 2015
Hari : Khamis
Masa : 7.00 malam
Tempat : Surau SK Banggol

Bacaan Yaasin dan solat hajat ini dihadiri oleh ibubapa, guru, pelajar serta penduduk sekitar.  

<<Gambar Program>>



Monday 31 August 2015

PERJUMPAAN IBUBAPA PELAJAR TARGET UPSR

Satu perjumpaan guru bersama ibubapa/penjaga murid target 5A UPSR telah diadakan semalam di Sekolah Kebangsaan Banggol. 

Hari: Ahad
Tarikh : 30 Ogos 2015
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Banggol

<<GAMBAR PROGRAM>>



Thursday 27 August 2015

LAWATAN BERMAKLUMAT 2015

SK Banggol telah mengadakan program Lawatan Bermaklumat ke Kuala Terengganu untuk pelajar Tahun 4 dan 5. Program tersebut diadakan pada :-

Hari : Rabu
Masa : 8.00 AM-5.00PM
Tarikh : 26 Ogos 2015
Tempat : Kuala Terengganu


          Seramai 80 orang pelajar dan 8 orang guru pengiring telah menyertai program ini. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru berkaitan dengan sejarah dan ilmu yang boleh diterapkan dalam pembelajaran. 
Antara tempat-tempat menarik yang dilawati di Terengganu ialah  Muzium Negeri, Planetarium dan Taman Tamadun Islam.

<<GAMBAR PROGRAM>>


Sunday 23 August 2015

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2015

Sekolah Kebangsaan Banggol telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2015 pada hari ini. Majlis tersebut berlangsung dengan meriahnya oleh warga SK Banggol. Majlis tersebut berlangsung seperti berikut :-

Tarikh : 23 Ogos 2015
Hari : Ahad
Masa : 8.15 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Banggol

JADUAL PROGRAM
08.15 am
>Ucapan Guru Besar & Pelancaran
>Gimik Pelancaran
>Laungan “Merdeka” oleh PK KO
>Nyanyian Lagu Tema
>Pemarkahan basikal berhias dan pakaian merdeka
08.35 am
>Pertandingan Mewarna
10.00 am
>Rehat
11.00 am
>Tayangan Video
12.15 pm
>Persembahan
12.45 pm
>Penyampaian Hadiah

Majlis tersebut diadakan bagi menanam perasaan cinta akan tanah air serta menghargai kemerdekaan negara dalam diri pelajar. Selain itu, majlis ini dapat mencungkil bakat pelajar dengan menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan. Pada tahun ini, tema hari kemerdekaan ialah "Sehati Sejiwa"


<<Gambar Program>>










KEM KECEMERLANGAN UPSR 2015

Sekolah Kebangsaan Banggol telah mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR 2015 pada hujung minggu lepas. Kem tersebut diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 20-22 Ogos 2015
Hari : Khamis - Sabtu
Tempat : Sumai Apartment Hotel, Kuala Terengganu.
Peserta : 43 Orang 

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan kem tersebut terutamanya pihak Perbadanan Yayasan Bakti Negara Terengganu Holding yang telah menaja kem tersebut selama 3 hari 2 malam, warga SK Banggol yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran kem tersebut berjalan dengan lancar serta pelajar tahun 6. 

<<Gambar Program>>










Tuesday 18 August 2015

PERTANDINGAN KALAM JAMA'I, DIKIR BARAT DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT DAERAH SETIU 2015

Pasukan Dikir Barat Sekolah Kebangsaan Banggol telah mendapat Johan peringkat Daerah Setiu. Tahniah kepada semua murid dan guru yang terlibat sehingga berjaya memperoleh kejayaan ini. Pertandingan dikir barat diadakan seperti berikut :-

Hari : Selasa
Tarikh : 18 Ogos 2015
Tempat : Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Setiu (Lama)
Masa : 07.30 Pagi


Tuesday 4 August 2015

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah telah diadakan dengan meriahnya di SK Banggol. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran wakil PIBG dan pihak Yayasan Bakti Negara. Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini diharap dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara sesama pelajar dan di antara pelajar dengan guru. Selain itu, ia juga diadakan untuk menegakkan syiar islam yang menggalakkan manusia bermaaf-maafan dan mengelakkan segala sengketa. Majlis tersebut diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 04 Ogos 2015
Hari : Selasa
Masa : 11.45 Pagi
Tempat : SK Banggol

<<Gambar Program>>








Wednesday 24 June 2015

PERJUMPAAN IBUBAPA/PENJAGA MURID LINUS TAHUN 1 & 2

Satu perjumpaan guru bersama ibubapa/penjaga murid LINUS tahun 1 & 2 telah diadakan semalam di Sekolah Kebangsaan Banggol. 

Hari: Rabu
Tarikh : 24 Jun 2015
Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Banggol




Monday 22 June 2015

PROGRAM MOTIVASI BERSAMA PELAJAR TAHUN 5

Pihak sekolah telah mengadakan satu program motivasi bersama pelajar tahun lima untuk meningkatkan semangat dalam diri mereka bagi menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun akan datang. Ceramah yang disampaikan oleh En Shamsi bin Hj Shamsuddin seorang Kaunselor dari Intelligent Mission Consultancy, Kota Bharu, Kelantan.

Hari : Isnin
Tarikh : 23 Jun 2015
Masa : 11.00 am
Tempat : Bilik Maya SK Banggol


Saturday 20 June 2015

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2015

Pada minggu lepas, SK Banggol telah mengadakan Program Kecemerlangan UPSR 2015 untuk pelajar tahun enam yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Program ini diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran murid serta ibubapa tentang kepentingan UPSR.

Hari : Selasa
Tarikh : 16 Jun 2015
Tempat : Bilik Maya SK Banggol
Penceramah : En Muhammad Isa bin Chik

 Ribuan terima kasih diucapkan kepada penceramah En Muhammad Isa bin Chik dari Yayasan Pelajaran Mara yang sudi meluangkan waktu untuk warga SK Banggol. Diharap program ini dapat membantu murid tahun enam dalam menghadapi peperiksaan UPSR akan datang.


Saturday 23 May 2015

MINGGU PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015

Bermula 24 Mei 2015 sehingga 28 Mei 2015 adalah minggu peperiksaan di SK Banggol. Diharapkan semua anak-anak SK Banggol dapat menjawab soalan peperiksaan dengan jayanya.


"SELAMAT MAJU JAYA"

Wednesday 20 May 2015

HARI SUKANEKA & PERMAINAN 2015

Hari Sukaneka dan Permainan telah berlangsung dengan jayanya di SK Banggol pada hari ini. Warga SK Banggol telah bekerjasama untuk menjayakan acara ini. Acara ini diadakan dalam perkarangan SK Banggol.

Hari : Rabu
Tarikh : 20 Mei 2015
Masa : 8.00 AM
Tempat : Padang SK Banggol


ATURCARA
08.00 AM
:
Murid berkumpul di padang
08.30 AM
:
Acara bermula
10.00 AM
:
Rehat
10.30 AM
:
Acara bersambung
01.00 PM
:
Rehat
02.30 PM
:
Acara bersambung
04.30 PM
:
Majlis Penutup dan penyampaian hadiah
05.00 PM
:
Majlis bersurai

~Permainan & Acara Yang Dipertandingkan~

*Rakit Darat
*Gelecek Bola Hoki
*Lari Kepit Bola
*Terompah Gajah
*Isi Air Dalam Botol
*Kasut Gergasi

<<Gambar Program>>












Sunday 17 May 2015

GOTONG-ROYONG PERDANA 2015

Gotong-royong perdana peringkat Negeri Terengganu telah diadakan di SK Banggol semalam sempena memperingati Sambutan Hari Guru. Gotong-royong diadakan seperti berikut :-

Hari : Sabtu
Tarikh : 16 Mei 2015
Masa : 8.00 AM
Tempat : Sekitar SK Banggol

Program ini melibatkan semua warga sekolah dan ibubapa murid di seluruh negeri Terengganu. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah menyumbangkan masa dan tenaga menjayakan program ini . 

<<Gambar Program>>