Sunday 30 November 2014

MAJLIS JASAMU DIKENANG-PERSARAAN GURU PENOLONG KANAN KO EN HUSAIN BIN MUHAMAD

Tarikh : 20 November 2014
Hari : Khamis
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : SK Banggol

Warga SK Banggol telah mengadakan satu majlis persaraan Guru Penolong Kanan KO, Cikgu Husain bin Muhamad pada 20 November 2014 yang lalu. Persaraan Cikgu Husain merupakan satu kehilangan besar kepada pihak sekolah kerana hilangnya seorang pemimpin kepada warga sekolah.



Wednesday 26 November 2014

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID SK BANGGOL 2014

Tarikh : 19 & 20 November 2014
Hari : Rabu & Khamis
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : SK Banggol

ATURCARA MAJLIS
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID

19 NOVEMBER 2014
10.30 PAGI
:Murid Berkumpul di Dewan
:Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
:Ucapan Guru Penolong Kanan Kurikulum
(YM R. ROZALI IN R. ISMAIL)
:Penyampaian Sijil Penghargaan Pustakawan
:Penyampaian Sijil Penghargaan Pengawas Sekolah
:Penyampaian Sijil Murid Tahun 6
:Penyampaian Hadiah Khatam Al-Quran Program j-QAF
:PenyampaianHadiah Murid Cemerlang Pasca UPSR
:Penyampaian Hadiah Khas Kelas Intervensi
:Penyampaian Hadiah Program NILAM
:Penyampaian Hadiah Murid Mithali
:Penyampaian Hadiah Cemerlang KAFA
:Penyampaian Hadiah Terbaik Mata Pelajaran
:Persembahan
20 NOVEMBER 2014
8.00 PAGI
:Ketibaan Ibubapa/Penjaga
8.15 PAGI
:Ketibaan Tetamu Jemputan/Pegawai Pelajaran Daerah
:Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
:Bacaan Doa
(EN. WAN ANUAR BIN ABDUL ARIP)
:Ucapan Guru Besar SK Banggol
(TN. HJ. MOHD NIZAN BIN ABD MAJID)
:Ucapan Perasmian
(Wakil YB DATO’ HJ. MOHD JIDIN BIN SHAFEE)
:Penyampaian Sijil Murid Pra Sekolah
:Penyampaian Hadiah Cemerlang Akademik
:Anugerah Tokoh NILAM
:Anugerah Murid Cemerlang Kokurikulum
:Anugerah Murid Cemerlang Kurikulum
10.00 PAGI
:Rehat

Sunday 16 November 2014

JAMUAN PERPISAHAN TAHUN ENAM 2014

Jamuan perpisahan tahun enam telah diadakan dengan meriahnya serentak dengan jamuan akhir tahun murid Sekolah Kebangsaan Banggol. Majlis diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 12 November 2014
hari : Rabu
Masa : 10.45 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Banggol

Majlis dimulakan dengan ucapan murid tahun 6, wakil guru tahun 6 Bestari iaitu Puan Zulaida binti Muda dan Guru tahun 6 Pintar iaitu Puan Rafidah binti Mamat, ucapan oleh PK 1, R. Rozali bin R. Ismail dan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar Tuan Haji Mohd Nizan bin Abd Majid.


Penyampaian cenderahati juga diberikan untuk guru yang mengajar murid tahun enam sebagai tanda kenangan. Semua guru dan murid sama-sama menikmati juadah hidangan yang disediakan.





Monday 3 November 2014

KEM MEMBACA 1MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Banggol telah mengadakan Kem Membaca 1Malaysia seperti berikut:-

Hari : Selasa
Masa : 8.00 Pagi
Tarikh : 04 November 2014
Tempat : Dewan SK Banggol

Program ini bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat. Program ini diadakan untuk:-

  • Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan
  • Menggerakkan program/aktiviti galakan membaca
  • Memupuk minat membaca secara berterusan

Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan program ini. Antara program yang diadakan ialah :-
  • Membaca Buku Cerita
  • Pertandingan Tulisan Mekanik (Tahap 1)
  • Pertandingan Menulis Karangan (Tahap 2)
  • Pertandingan Bacaan Cerita Pendek
    • Bahasa Malaysia (Tahun 1&2)
    • Bahasa Inggeris (Tahun 3&4)
    • Jawi (Tahun 5&6)


Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Guru Besar Tuan Haji Mohd Nizan bin Abd Majid.