LENCANA SEKOLAH




LENCANA SEKOLAH

          Gear yang berpusing melambangkan kemjauan teknologi yang berkembang maju. Murid-murid diharapkan dapat mengejar kemajuan. Gulungan ijazah dan topi melambangkan kepentingan ilmu telah diletakkan keutamaan yang paling tinggi.

         Moto sekolah dinyatakan dengan jelas iaitu usaha jaya membawa makna berusaha untuk mencapai kejayaan. Sebagai rakyat yang cintakan negeri, warna bendera dan lambang bulan bintang tetap dimuatkan dalam lencana ini.

        Tiga segi merah, putih dan biru membawa makna yang tersendiri. Warna merah melambangkan keberanian dalam menempuh cabaran globalisasi. Warna putih melambangkan kesucian hati dalam menimba ilmu. Warna biru pula melambangkan perpaduan warga sekolah dalam menjayakan wawasan sekolah.

0 comments:

Post a Comment